Sunday, January 4, 2009

perempuankah? atau lelakikah?

setiap hari saya terfikir. Manusia di Malaysia lah kan, saya ambil skop yang kecil. Apakah kita semua hanyut dengan emosi? Saya hairan lah. Asyik baca blog yang penuh dengan :-
  1. Masalah dengan boyfriend. 
  2. Hidup terasa sangat lonely. 
  3. Aku insan hina. Apa salah aku.
  4. Hari ini putus kasih. Sebab orang ke-tiga.
  5. Esok bersama ikatan kasih yang baru.(orang ke-tiga tadi)
  6. Sangat tidak suka sekeliling. Rasa nak mati.
  7. Apalah orang-orang di facebook ini. Jangan harap aku nak layan.
  8. et cetera. 
di atas adalah beberapa contoh yang saya ambil. Saya tahu, semua berhak menulis apa sahaja di dalam blog masing-masing. Cerita pasal hati sendiri. Apa yang suka. Apa yang tidak suka. Itu hak pemilik blog. Cuma untuk saya, saya tidak akan baca perihal begitu. Maaf ya. Sebab saya tidak suka. Saya hanya suka anda yang pandai mengawal emosi. Bukan vice versa ya. 

Memang tidak salah anda menulis sebegitu. Tapi janganlah selepas tulis terus pergi ke shoutbox blogger lain dan link kan. Itu sangat menjengkelkan.

Saya mahu komen lah entri seperti di atas :-
  1. Berharap agar ex-boyfriend nya akan terbaca entri tersebut dan sedia kembali padanya.
  2. Supaya kawan-kawan semua tahu dia lonely dan berharap agar dia diceriakan seperti zaman kanak-kanaknya. Harapan saya agar dia fikir balik kenapa lonely. Berapa lamakah al-quran nya ditinggalkan?
  3. Hina bagaimana? Bagai mat rempit kah? Saya tertanya-tanya jika ada insan hina yang sedang melayari internet. 
  4. Saya tak pasti tujuan dia mention kan orang ketiga itu. Sebab bagi saya orang yang menulis perihal orang lain bermakna dia sukakan orang itu. Jadi jelaslah yang dia sedang memberitahu orang ramai bahawa dia seorang player. 
  5. Haa. Dah agak dah.
  6. Oh, sudah banyak amal untuk bekalan mati?
  7. Kenapa register facebook? 
  8. et cetera juga lah. Hehe.
Harap semua pembaca tidak berkecil hati. Saya hanya mahu menjadi jujur. Maaf kan saya. 

Terima kasih. 

15 comments:

Sub said...

entri tipiksl untuk orsng tipikal.
wahah.

syrup said...

mereka cuma mahu menyatakan suasana hati pada saat itu.
Hello, mereka juga mahu jujur terhadap diri mereka, sama seperti anda. Jadi maafkan mereka.

Saya juga tertanya2..anda 'tidak suka membaca perihal begitu' malah menyatakan anda 'tidak akan membacanya', tetapi dari mana anda simpulkan entri blog 1-7 tersebut?

huhu..ternyata walaupun anda tidak suka, tanpa anda sedari
anda telah tenggelam dalam emosi para blogger juga..

jadi saya tambah no8-Apalah diorang ni letak entry yang emosi2 banget..

dan saya komen untuk no8-santai aja, enjoy...cheerio!!\(^O^)/

mr. hafis said...

@syrupus..
Tahu sebab apa?sebab link. Link yang membuatkan saya terbaca.

cindir-rela said...

saya seorang pembaca setia..so bace jelah ape yang blogger nak tulis..tuk buat blog takde syarat pon kene tulis pasal topic ape..anda tiada emosi kah??
urm blog saya banyak gile entry pasal emosi..sebab bila menulis dengan emosi, ia rasa best,...hahah

mr. hafis said...

@cindir-rela.
jadi diri sendiri. itu lebih penting. Kan?

hikayat aku dan mereka said...

ahaha.. aku pun taktau aku ni penulis yg emosi atau tak..

sbb bagi aku.. ada kalanya,bila kita tak nak kongsi emosi kita,kita akan menulis.. itu gunanya blog..

malah,kalau org taknak baca benda yg berkenaan emosi.. tak perlu baca.. Manusia dikurniakan emosi.. maka.. guna pakai perasaan itu...

mr. hafis said...

@hikayat..
emosi yang mengawal kita atau kita yang mengawal emosi ya?

hikayat aku dan mereka said...

kita yg mengawal emosi.. sekian terima kasih.. hehe..
Eh.. ada lg.. tapi kdg2 manusia mmg suka biarkan diri dikawal emosi.. tapi.. bukan la org tu lemah.. sbb... bukan semua org yg boleh kuat setiap hari.. perlu rehatkan diri kadang-kala..

sYaMiMi naSiR said...

nk kata suka tu xsuka gak...
kalau smua hal nk cite ssh ar...
simpn laa gak tok diri sdiri!!

FlipFlop said...

teringin mahu bce entry dari syamimy nasir..
tidak pernah berkata tidak pada en.hafis..
satunye2 logger mnyokong hafis 100%..
telah di bayar mungkin..

mr. hafis said...

telah dibayar?
erm.
Ada juga blogger macam anda.

*sigh*

Anonymous said...

ehhe. sbb rmi yg jd diri sendiri tue yg beremosi. yg selalu beremosi adalah dot dot dot!

mr. hafis said...

ST, i get it.
haha.

cienna miller said...

depends pd dri sndri jgk laa..klau rse bnd 2 bgus utk diri die sape kte nk halang kn.?jgn bnd yg die tulis 2 mudaratkn dri sndri dah la.

Anonymous said...

blogger bkn kaunselor...

emosi diperlihatkan di blog?
xde lg privacy tuk diri sndr...

maaf semua...

xsokong sape2...