Tuesday, December 16, 2008

dekorasi blog itu penting atau tidak?

sememangnya manusia mempunyai banyak cerita yang tidak semua orang tahu. Saya juga lebih kurang begitulah. Ada yang saya tahu dan ada yang tidak tahu.

Saya rasakan alam blog seperti ini dapat mengembangkan pengetahuan dan lain-lain perkara berkaitan. Untuk itu saya amat perlukan kamu semua yang suka membaca. Seperti kata pepatah yang saya ambil daripada forum setempat, "saya ada sebiji epal dan awak juga ada sebiji. Jika saya berikan epal saya kepada awak dan awak berikan epal awak kepada saya, maka saya akan mendapat sebiji epal dan begitu juga awak. Tetapi jika saya ada satu ilmu yang awak tidak tahu begitu juga dengan awak yang mempunyai satu ilmu yang saya tidak tahu, jika kita bertukar ilmu saya akan ada dua ilmu begitu juga dengan awak".

untuk entri yang pertama ini, saya ingin tinggalkan beberapa soalan dan harapan saya agar kamu di luar sana dapat menjawab dengan jawapan yang relevan. Bolehkan?

  1. sempat atau tidak malaysia ini yang merupakan negara dunia ke-tiga mencapai wawasan 2020?
  2. dimanakah tinggalnya perempuan-perempuan yang melayu dari segi auratnya, sikapnya dan adatnya?
  3. apakah itu modal insan?adakah dengan lahirnya graduan-graduan daripada ipt-ipt tempatan sudah cukup untuk dijadikan modal?

mungkin soalan-soalan saya di atas amatlah simple bagi kamu, tetapi jujurnya saya tidak tahu dan terima kasih kepada yang memberi jawapan.

saya akan berkongsi pemerhatian bersama kamu dalam entri seterusnya.

untuk pengunjung-pengunjung di luar sana yang mempunyai blog, bolehlah kiranya kamu tinggalkan alamat blog kamu supaya saya boleh link-kan dari blog ini.

5 comments:

sYaMiMi naSiR said...

jwpn tok soklan kamo!!

1. maybe x dpt...dgn keadaan politik yg kotor...rasuah...ada sy membahas kn benda ni with my friends...depa kata...politik tu xkotor...cuma org yg berpolitik tu menjadi kn nye kotor...emmm...maybe!!

2- sy rasa masih ada ppn yg masih menjaga auratnya,sikapnya n adatnya...tp mungkin xramai...arus kemodenan menhanyutkan bersama2

3- xdpt eden nk menjawap soklan ni...eden kana kaji lg hal ni...
huhuh

Anonymous said...

kalo pertumbuhan 8% setahun mungkin. KDNK ngam.

tapi nxt yr cam da bajet 3%. semakin kuncup. maka bak kata pengasas wawasan 2020. tak mungkin.

tapi sape taw nnti...

perempuan melayu itu tinggal dibawah lindungan ibubapanya. jika bermodalkan bf. mungkin hancur lebur dibuatnya.

modal2 ipt kebanyakan adalah sampah yg ske mencari tongkat cam akoo. sekian. hehe!

mr. hafis said...

@syamimi..
1.jika tidak babitkan politik bagaimana pula?

2.arus tu besar ke?hehe.

3.panggil org lain tolong jawabkan.


@SweetThinker..
1.rasanya Msia tak pernah capai 8%. Dubai yang ada peratus itu. Harap rakyat tidak menunggu wawasan 2020. anda masih berharap?

2.adakah pencarian perempuan melayu di tv9 itu relevan?

3.adeh, saya pun bakal sampah. Minta-minta boleh di-recycle.

cindir-rela said...

owh, aku ingin menjawab soalan kamu yang nombor tiga. tapi sebelom itu utk soklan nombor 2 itu, soalan itu adalah umum dan hak individu yang menulis dan menjawab..apa yang kamu pandang tentang aurat, sikap dan adat itu sendiri? adat yang bagaimana kamu maksudkan? dan sikap bagaimana yang kamu gambarkan sebagai seorang perempuan melayu? mungkin anggapan kamu tidak sama dengan anggapan aku..oleh itu kamu sendiri yang perlu menjawab soalan itu..adakah maksud kamu dengan adat itu yang memakai kain batik sahaja? atau baju kurung sahaja? adakah sikap perempuan melayu itu bagi kamu yang sopan sahaja? atau yang pandai memasak sahaja? sebab bagi aku, perempuan yang memakai seluar, bertshirt lengan panjang, memakai tudung dan berselipar itu sudah sopan bagi aku..tapi mungki tidak kamu..jadi kamu paham bukan ape maksud aku?

ok..soklan 3, aku penah membaca dari blog masta yang dia ada bercerita tentang beginilah sedikit ayatnye tapi mungkin tidak tepat"aku bangun awal pagi untuk sarapan dan membaca surat khabar..itu adalah salah satu cara aku meningkatkan modal insan dlam diri aku" huh..aku ingatkan cik masta itu sudah faham benar tentang maksud modal insan itu..begini, aku pun tidak tahu juga sebenarnya apa yang sebetul2nya modal insan itu..tapi aku ada mengikuti beberapa kem kemasyarakatan di U aku, dan serba sedkit aku dapat tahu ape itu modal insan..pemahaman aku ialah modal insan ini adalah sesuatu bentuk sosial life dan unsur kemasyarakatan yang ada dalam setiap diri manusia..seorang graduan ipt bukan seorang yang ada nilai modal insan jika dia hanya duduk di U sepanjang tahun dan belajar tapi tidak menyertai segala aktiviti kemasyarakatan..ia lebih kepada bagaimana anda dapat bergaul dan mengumpul pengalaman hidup bersama masyarakat dalam mengharungi erti sebenar hidup diluar kampus atau dunia sebenar..begitulah sedikit sebanyak ape yang didedahkan kepada kami tentang maksud modal insan itu..jika aku salah, maaf ye..

mr. hafis said...

@cindir-rela..
kirim salam kepada en. masta.